SEJARAH

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH Melayu, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpul beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela.Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua),Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom KhirJohari dan Aminah Bahaman.

AKTIVITI
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah :
            1.  Mengadakan Ceramah Agama
            2.  Mengadakan Majlis Khatam Quran dan Bacaan Yasin
            3.  Penyampaian sumbangan kepada fakir miskin
            4.  Majlis mengusap kepala anak-anak yatim semasa Majlis Asyura
            5.  Mengadakan Majlis Maulud
            6.  Mengambil bahagian dalam acara One Million Women Purple Walk.
            7.  Mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan
            8.  Mengadakan Solat Sunat Tasbih di bulan Ramadhan.
            9.  Mengadakan kelas Jahitan dan Masakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan