PENGENALAN LKPI

PENGENALAN
(Nombor Rujukan Pendaftaran PPM/MEL.271/61-78)

Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cawangan Masjid Tanah (LKPIM) ditubuhkan pada sekitar tahun lapan puluhan dan telah mengadakan Mesyuarat Agungnya yang ke 25 pada tahun ini (2014).Sebagai sebuah pertubuhan sukarela dan sebuah badan amal yang bukan kerajaan (NGO), LKPIM Cawangan Masjid Tanah telah merangka beberapa matlamat.

Pada dasarnya ia ditubuhkan dengan matlamat untuk memperjuangkan nasib wanita Melayu, terutamanya yang tinggal di luar bandar menerusi kegiatan-kegiatan amal dan kebajkan. Antara matlamatnya adalah :
            1.  Meninggikan taraf kebajikan ibu-ibu dan kanak-kanak Islam
            2.  Menaikkan taraf kehidupan wanita-wanita Islam
            3.  Menghulurkan bantuan kepada wanita-wanita Islam.
            4.  Menghulurkan bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim serta anak-anak miskin.
            5.  Membantu wanita-wanita ketika mala petaka seperti kebakaran atau banjir.
            6.  Mengadakan aktiviti-aktiviti dan perkara-perkara akademik atau  penyebaran Syiar Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan